selamat datang ke blog tukang besi

ini adalah blog bahasa melayu seumpamanya yang berkaitan pertukangan besi,simen,elektrikal dan pertukangan paip yang diusahakan sendiri oleh anak muda bumiputera.



melalui blog ini, kami mempromosikan perkhidmatan kami yang bermutu dan berkualiti dengan kos yang berpatutan..



perniagaan ini dikendalikan oleh en md rizal (019-4760622). ( 013-4866745 )



__________________________________________________________________





Thursday 22 July 2010

promosi raya kembali lagi... dapat kan ampayan baju beroda percuma atau realing langsir percuma dengan pemasangan grill sebuah rumah.... cepaaaatt sementara stok masih ada...








Wednesday 5 May 2010

Wednesday 11 November 2009

Dapatkan ampayan baju beroda ....percuma.....







Promosi sehingga hujung tahun.... setiap tempahan grill untuk sebuah rumah kami hadiah kan ( ampayan baju beroda).....

Thursday 7 May 2009

wrought iron...

wrought iron juga dikenali sebagai besi moden. sebenarnya ia di katakan moden kerana sering digunakan oleh rumah-rumah moden bagi mencantikkan seni hiasan pagar. besi jenis ini telah lama digunakan di eropah... cuma kita jer yang rasa besi ni moden...

besi tempa (wrought iron) mengandungi kurang daripada 0.5% karbon. ianya keras, mudah lentur, dan tidak mudah dilakurkan berbanding dengan besi mentah. ia mempunyai sejumlah kecil karbon.

besi ni adalah besi tempa... sesuai untuk membuat pagar, tetingkap rumah malah boleh dibentuk menjadi peralatan lain seperti bangku, kerusi, buaian dan sebagainya...
di malaysia... inilah besi yang diagung-agungkan. tanpa besi jenis ini, rumah-rumah moden dan baharu akan hilang serinya.

kami geng 'tukang besi' sememangnya pakar dalam pembuatan pagar, tetingkap rumah dan sebagainya yang berasaskan wrought iron.
kami sedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda.
anda boleh datang ke bengkel kami dan pilih sendiri corak-corak wrought iron dengan citarasa tersendiri.

hubungi tukang besi... en rizal (019-4750622) untuk tawaran menarik.
.

Wednesday 6 May 2009

tukang paip pun boleh jugak...

selain tukang besi, kami juga berkebolehan untuk menjadi tukang paip. tak kiralah... nak pasang paip baru ke atau nak ganti paip lama...


ni kat bawah ni kami senaraikan apa yang boleh kami buat sebagai tukang paip...
*membaik pulih tandas & mainhole tersumbat

*menukar paip baru

*menukar pelampung tangki air rumah
*baik pulih segala jenis paip

*penambahan paip

*pasang sinki

*mencuci tangki air

kalau macam ni... tentu anda boleh panggil kami juga sebagai tukang paip selain dari panggilan tukang besi... insyaallah semua kerja berkaitan perpaipan kami akan bereskan...

tentang kos?... itu boleh dibincang lagi... yang pastinya kami akan berikan khidmat terbaik untuk anda...
.

Tuesday 5 May 2009

adik beradik besi...

"tukang besi" nak cerita pulak tentang beberapa jenis besi yang ada di dunia khususnya yang ada di pasaran. kami di ADN venture sungai petani menyimpan besi-besi yang popular. kalau nak yang lain ... kami boleh tolong carikan... insyaallah...

besi karbon mengandungi antara 0.5% dan 1.5% karbon, dengan sejumlah kecil mangan, belerang, fosforus, dan silikon.

besi aloi (alloy steel) mengandungi kandungan karbon yang berubahubah dan juga logam-logam lain, seperti kromium, vanadium, molibdenum, nikel, tungsten dan sebagainya.
besi oksida (iii) digunakan dalam penghasilan storan magnetik dalam komputer. ia sering dicampurkan dengan bahan lain, dan mengekalkan ciri-ciri mereka dalam larutan.

besi tempa (wrought iron) mengandungi kurang daripada 0.5% karbon. ianya keras, mudah lentur, dan tidak mudah dilakurkan berbanding dengan besi mentah. ia mempunyai sejumlah kecil karbon, beberapa persepuluh peratus. jika ditajamkan menjadi tirus, ia cepat kehilangan ketajamannya. inilah besi yang paling popular... rumah-rumah moden tentu hilang seri tanpa wrought iron...

hubungi kami di ADN venture sungai petani untuk tempahan wrought iron bagi membantu keselamatan rumah anda dan menambah serinya. call rizal (019-4750622).
.

seninya si tukang besi...

kami di ADN venture menyediakan perkhidmatan "tukang besi" yang berkualiti seni pembuatannya. penyediaan seni reka bentuk corak pada pembuatan kadang-kala dipengaruhi oleh ilusi dan khayalan si tukang besi. jika ilusi si tukang besi tinggi, maka tidak mustahil akan menghasilkan corak yang menarik.


selain itu ADN venture mempunyai koleksi beribu-ribu contoh gambar pagar, grill, tingkap dan sebagainya. anda sebagai pelanggan bebas memilih corak dan ukuran mengikut pilihan hati

insyaallah... kami di ADN venture akan memenuhi pilihan anda dengan kos yang menarik. hubungi en rizal (019-4750622) untuk perbincangan.

.

daud a.s si tukang besi...

allah amat menyukai orang-orang yang berusaha untuk kejayaan. pekerjaan tukang besi adalah pekerjaan yang mulia di sisi allah. perniagaan yang amanah dan bertanggungjawab, insyaallah diberkat allah.

nabi daud a.s merupakan pesuruh allah yang sama-sama mempunyai kelebihan sebagai tukang besi yang terkenal di zamannya.

ikuti cebisan kisahnya...
nabi dud a.s. bekerja sebagai tukang besi. bagindaadalah seorang tukang besi yang sangat mahir. baginda berupaya melembutkan besi yang keras dan menghasilkan pelbagai bentuk barangan daripadanya. baginda melakukannya tanpa memakai api atau sebarang alat. besi yang dilembutkan ada yang dijadikan baju besi yang sangat elok buatannya.

allah berfirman yang bermaksud:
"dan telah kami ajarkan kepada daud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperanganmu; maka hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah)."
(Al-Anbiya, 21: 80)

"...dan kami telah melunakkan besi untuknya."
(Saba', 34: 10)

insyaallah... iktibar kisah ini akan kami sematkan dihati...

.

sejarah besi...

ini adalah sejarah awal penggunaan besi di dunia.... tak payahlah "tukang besi" cerita panjang lebar... yang masuk blog ni pun bukannya nak tahu sangat pasal pasal sejarah besi ni... sejarah malaysia pun tak terbaca... betul tak?!! hehehe... apa pun ni lah al kisahnya...

sekitar 3000 sm hingga 2000 sm, semakin banyak objek besi yang dikerjakan dihasilkan (dibezakan dengan besi meteor melalui ketiadaan nikel dalam barangan besi tersebut) di mesopotamia, anatolia, dan mesir. bagaimanapun, kegunaannya kemungkinannya untuk upacara tertentu, dan besi merupakan logam yang mahal, lebih mahal berbanding emas.

1600 sm hingga 1200 sm, besi digunakan secara lebih meluas di timur tengah, tetapi tidak menggantikan kegunaan gangsa.

pada tahun-tahun terakhir dinasti zhou (ca 550 bc), keupayaan penghasilan barangan besi bermula disebabkan teknologi tanur yang berkembang tinggi. menghasilkan rerelau bagas (blast furnace) yang berupaya menghasilkan suhu melebihi 1,300 k,

jika bijih besi dipanaskan serentak dengan karbon sehingga 1420–1470 k, cecair likat terbentuk, satu aloi sekitar 96.5% besi. peleburan besi awal (sebagaimana proses ini dikenali) menggunakan arang sebagai sumber haba dan agen penurun. pada abad ke-18 bekalan kayu di england kehabisan dan kok(arang), bahanapi fosil, digunakan sebagai ganti. innovasi ini oleh abraham darby membekalkan tenaga untuk revolusi perindustrian di england.

sebahagian besar penghasilan besi zaman dinasti zhou berikut, adalah besi tuang. besi, bagaimanapun, kekal sebagai penghasilan orang bawahan, digunakan oleh peladang selama beberapa ratus tahun, dan tidak menarik minat kaum bangsawan china sehingga sinasti qin (sekitar 221 sm).

.

Monday 4 May 2009

salam sejahtera..

ini adalah blog informasi jualan berkaitan seni reka besi khususnya untuk kegunaan rumah seperti pintu pagar, tingkap dan sebagainya.

mungkin ini adalah di antara blog pertama seumpamanya yang mempromosi kerja tangan kami dengan tawaran yang hebat.

selain itu blog ini juga akan membicarakan tentang seni tatarias rumah. kami adalah syarikat perniagaan bumiputera yang berdaya saing serta insyaallah dapat menandingi hasil mutu kerja yang berkualiti dengan kos yang berpatutan.


wassalam..
pihak pengurusan
ADN VENTURE