selamat datang ke blog tukang besi

ini adalah blog bahasa melayu seumpamanya yang berkaitan pertukangan besi,simen,elektrikal dan pertukangan paip yang diusahakan sendiri oleh anak muda bumiputera.



melalui blog ini, kami mempromosikan perkhidmatan kami yang bermutu dan berkualiti dengan kos yang berpatutan..



perniagaan ini dikendalikan oleh en md rizal (019-4760622). ( 013-4866745 )



__________________________________________________________________





Tuesday, 5 May 2009

sejarah besi...

ini adalah sejarah awal penggunaan besi di dunia.... tak payahlah "tukang besi" cerita panjang lebar... yang masuk blog ni pun bukannya nak tahu sangat pasal pasal sejarah besi ni... sejarah malaysia pun tak terbaca... betul tak?!! hehehe... apa pun ni lah al kisahnya...

sekitar 3000 sm hingga 2000 sm, semakin banyak objek besi yang dikerjakan dihasilkan (dibezakan dengan besi meteor melalui ketiadaan nikel dalam barangan besi tersebut) di mesopotamia, anatolia, dan mesir. bagaimanapun, kegunaannya kemungkinannya untuk upacara tertentu, dan besi merupakan logam yang mahal, lebih mahal berbanding emas.

1600 sm hingga 1200 sm, besi digunakan secara lebih meluas di timur tengah, tetapi tidak menggantikan kegunaan gangsa.

pada tahun-tahun terakhir dinasti zhou (ca 550 bc), keupayaan penghasilan barangan besi bermula disebabkan teknologi tanur yang berkembang tinggi. menghasilkan rerelau bagas (blast furnace) yang berupaya menghasilkan suhu melebihi 1,300 k,

jika bijih besi dipanaskan serentak dengan karbon sehingga 1420–1470 k, cecair likat terbentuk, satu aloi sekitar 96.5% besi. peleburan besi awal (sebagaimana proses ini dikenali) menggunakan arang sebagai sumber haba dan agen penurun. pada abad ke-18 bekalan kayu di england kehabisan dan kok(arang), bahanapi fosil, digunakan sebagai ganti. innovasi ini oleh abraham darby membekalkan tenaga untuk revolusi perindustrian di england.

sebahagian besar penghasilan besi zaman dinasti zhou berikut, adalah besi tuang. besi, bagaimanapun, kekal sebagai penghasilan orang bawahan, digunakan oleh peladang selama beberapa ratus tahun, dan tidak menarik minat kaum bangsawan china sehingga sinasti qin (sekitar 221 sm).

.

No comments:

Post a Comment